Info Syarikat



Codelink Sdn.Bhd adalah anak syarikat kepada Bioalpha International Sdn.Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2005, kerja dalam pengeluaran produk suplemen, dan ianya mempunyai sebuah kilang sendiri yang menurut piawai GMP (Good Manufacturing Pratice)



Pada tahun 2007, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah menyertai Bioalpha Internation Sdn.Bhd dan menjadi pemegang saham bagi syarikat Bioalpha. Oleh itu, syarikat Bioalpha juga menjadi salah satu Government-Link Company (GLC). Ini telah menyumbangkan Bioalpha International Sdn.Bhd mempunyai syarat-syarat yang mantap untuk menjadi peneraju dalam bidang Bio-Technology di Malaysia.
Dan pada tahun 2008, Bioalpha International Sdn.Bhd juga telah dianugerahi sebagai sebuah syarikat yang bertaraf 'BioNexus Status' oleh kerajaan Malaysia.


Dengan bangganya, Bioalpha Internation Sdn.Bhd juga dipilih antara 1500 syarikat GLC di seluruh Malaysia dan dipilih 50 yang terbaik di Malaysia.

Seterusnya, produk-produk syarikat kita adalah 'HALAL' dan ianya juga diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti B.Kopi, B.Dragon Young dan sebagainya.

Apa Itu Halal?
Halal adalah perkataan Arab yang bermaksud “boleh” dan “dibenarkan” oleh hukum Syarak dan tidak akan dikenakan azab bagi orang yang melakukannya. Ia seringkali digunakan bagi menunjukkan sesuatu yang boleh dimakan, diminum atau dibuat oleh seseorang Muslim. Perkataan yang berlawanan dengan halal adalah haram, iaitu perkataan Arab yang bermaksud “dilarang”.

Bagaimana JAKIM memberi pengesahan halal kepada pemohon pengesahan halal?
Bagi setiap permohonan pengesahan halal JAKIM, borang yang telah diproses dan pembayaran caj yang dikenakan ke atas pemohon telah dibayar, maka kilang/syarikat/premis makanan terbabit akan dijadualkan untuk lawatan pengesahan ( inspection ). Setiap inspection yang akan dibuat tidak akan dimaklumkan kepada pihak kilang/syarikat/premis makanan yang akan diperiksa, pemeriksaan akan dilakukan oleh dua orang pegawai iaitu seorang pegawai teknologi makanan dan seorang pegawai agama. Pegawai teknologi makanan akan melakukan pemeriksaan dari aspek teknologi makanan seperti jenis bahan yang digunakan, aspek kebersihan dan lain-lain manakala pegawai agama akan melakukan pemeriksaan dari aspek agama seperti status halal bahan yang digunakan, sumber daging/ayam mentah diperolehi, kesahihan penyembelihan yang dilakukan dan lain-lain. Setelah inspection dilakukan, kedua-dua pegawai bertugas akan membuat laporan mengenai kilang/syarikat/premis makanan yang telah dilawati untuk dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Panel Halal JAKIM. Mesyuarat Panel Halal ini dipengerusikan oleh Pengarah, Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam akan menentukan sama ada sesuatu kilang/syarikat/premis makanan itu boleh diluluskan atau tidak berdasarkan kepada laporan yang dibuat oleh pegawai pemeriksa dan perbincangan di dalam mesyuarat.