Produk


Masalah sembelit, corak makan yang buruk serta tekanan emosi merupakan faktor-faktor utama yang menyebabkan sekira-kiranya 70% orang dewasa mengalami 'penuaan usus' yang tidak normal!

Secara umumnya, individu yang mengalami 'penuaan usus' akan menghadapi masalah-masalah berikut:

  • Kulit yang kering                                                                                       
  • Kulit liang roma yang besar
  • Jerawat yang banyak
  • Selalu letih lesu
  • Susah menumpukan perhatian                                                             
  • Emosi yang tidak stabil
  • Senang jatuh sakit
  • Mengalami masalah halitosis (nafas berbau) atau badan berbau
  • Gemuk/Obesiti
  • Sakit badan
Faktor utama yang menyebabkan Penuaan Usus -- SEMBELIT!!
Sembelit terjadi apabila bahan-bahan kumuhan tertimbun dalam usus besar pada jangka masa yang panjang dan susah disingkirkan dari tubuh badan. Lama-kelamaan, bahan-bahan yang merbahaya seperti bakteria dan kulat akan membiak di dalam saluran usus. Toksin ini akan mengancam kesihatan usus serta kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Jadi, menyingkirkan bahan-bahan kumuhan dari tubuh badan dengan licin merupakan langkah yang paling penting untuk 'memudakan usus' anda!!                     


B CLEANZ
merupakan produk yang direka khas untuk membantu anda melegakan masalah sembelit serta ' memudahkan' persekitaran dalaman saluran usus, demi mencapai matlamat penyahtoksikan tubuh, penurunan berat badan serta pemeliharan kulit!

B CLEANZ terdiri daripada 100% bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi sebarang ubat atau bahan perangsang.

  1. Cordyceps sinensis
    • Cordyceps sinensis merupakan sejenis herba Cina yang luar biasa dan bernilai tinggi sejak beberapa ratus tahun dahulu.
    • Ia mengandungi 18 jenis asid amino perlu, polisakarida, sterol, nukleotida, unsur surih, vitamin, alkaloid dan bahan-bahan aktif yang lain.
    • Polisakarida membantu meningkatkan metabolisme lemak serta membaik pulih peredaran darah.
    • Menggiatkan sel-sel tubuh, menguatkan sistem keimunan serta menghapuskan radikal bebas yang merbahaya.
    • Unsur-unsur surih dapat membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam tubuh.
    • Mengawal fungsi-fungsi fisiologi tubuh.
     
  2. Buah Naga
    • Mengandungi zat-zat makanan seperti fito-albumin, serat diet, vitamin, mineral, phycocyanin, bioflavonoid dan bahan-bahan aktif yang lain.
    • Fito-albumin berupaya mengikat dan menyahtoksikkan logam berat dari tubuh badan.
    • Serat diet dapat menyerap air dan membentuk gelatin yang amat melekit untuk melicinkan saluran usus serta mencegah kanser kolon.
    • Menambah perasaan kenyang lalu mengurangkan penyerapan lemak dari diet.
     
  3. Strawberi
    • Kaya dengan vitamin, mineral, phycocyanin dan elagitanin.
    • Berupaya melindungi tisu-tisu tubuh daripada serangan radikal bebas.
    • Juga kaya dengan serat diet yang dapat membantu pergerakan usus.
     
  4. Serat buah-buahan
    • Menggalakkan pergerakan usus demi mencegah masalah sembelit, pembentukan hemoroid serta penyakit usus yang lain
    • Menambahkan perasaan kenyang serta mengurangkan penyerapan kalori makanan demi mengawal berat badan yang sihat.
    • Mengawal kolesterol darah supaya mengurangkan risiko penyakit jantung.

  5. Fruktosa oligo-sakarida
    • Berkesan meningkatkan bilangan bakteria baik dalam usus dengan membekalkan sumber makanan kepada bakteria baik.
    • Bakteria baik berfungsi mengumpulkan bahan-bahan kumuhan dalam usus, merangsang pergerakan usus serta mencegah pembiakan bakteria yang merbahaya.

  6. Daun senna
    • Melegakan masalah sembelit.
    • Menggalakkan penyahtosikan dalam saluran usus.
    • Menentang pembiakan kuman.

  7. Protein soya
    • Merupakan salah satu sumber protein yang terbaik dan senang dihadamkan.
    • Membekalkan tenaga demi meningkatkan stamina.
    • Berfungsi melindungi jantung demi menurunkan risiko penyakit jantung.
    • Membantu menurunkan paras kolestrol darah dengan cara menyekat penyerapan kolestrol dalam kolon dan menyingkirkannya dari tubuh badan.

Bagaimana B CLEANZ berfungsi? Secara ringkasnya,
  1. Menambah kekerapan pengumuhan yang sihat dan berat bahan kumuh.
  2. Menggalakkan penyahtoksikan racun dan sisa metabolisme.
  3. Memelihara persekitaran dalaman saluran usus yang sihat.
  4. Mencegah masalah sembelit dan pelbagai jenis penyakit saluran usus.
  5. Mengekalkan berat badan yang sihat.
  6. Menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel tubuh.

Kopi pracampur yang biasa hanya mengandungi serbuk kopi, krimer dan gula yang tinggi. Pengambilan kopi pracampur dalam jangka masa yang panjang mungkin meningkatkan risiko menghidapi penyakit kencing manis. Memandangkan corak pemakanan yang tidak sihat yang diamalkan oleh kebanyakan individu pada zaman moden ini, kami telah memperkenalkan suatu produk innovasi, iaitu B KOPI, kopi yang berkhasiat yang diperkayakan dengan herba yang bernilai tinggi.

Kandungan Utama B KOPI adalah seperti berikut,
  1. Cordyceps sinensis
    • merupakan sejenis herba Cina yang luar biasa dan bernilai tinggi sejak beberapa ratus tahun dahulu.
    • Ia bersama-sama dengan ginseng dan tanduk rusa diperkenalkan sebagai tiga jenis ubat tonik Cina yang terutama di dunia.
    • Cordyceps sinensis yang digunakan dalam B Kopi diperolehi melalui teknik pengenalan yang berpaten serta teknik fermentasi yang eksklusif.
    • Ia mengandungi 18 jenis asid amino perlu, polisakarida, sterol, nukleotida, unsur surih, vitamin, alkaloid dan kandungan aktif yang lain.
    • Fungsi-fungsi utamanya:
      • Menghilangkan keletihan.
      • Meningkatkan stamina.
      • Menguatkan fungsi organ-organ tubuh (contohnya hati, jantung, peparu).
      • Mengawal mekanisme sistem keimunan.
      • Menghapuskan radikal bebas yang merbahaya.
      • Membaik pulih peredaran darah.
  2. Ginseng
    • Herba Cina yang bernilai tinggi dan juga dikenali sebagai Raja Herba.
    • Kaya dengan ginsenoside, lebih daripada 20 jenis asid amino perlu dan unsur surih, polipeptida, vitamin, asid organik, enzim aktif, sterol, polisakarida dan sebagainya.
    • Fungsi-fungsi utamanya:
      • Mengawal sistem saraf pusat.
      • Meningkatkan daya ingatan dan daya pembelajaran.
      • Meningkatkan daya analisis dan daya kerja.
      • Menguatkan sistem keimunan.
      • Meningkatkan tahap penyesuaian tubuh badan.
      • Mengawal tahap kolestrol dan tekanan darah serta mencegah arterosklerosis
      • Menghapuskan radikal bebas dan menentang proses penuaan.
  3. Tongkat Ali
    • Herba ini telah digunakan sebagai ubat tradisi sejak beberapa ratus tahun dahulu di Asia Tenggara.
    • Ia juga dikenali sebagai 'Ginseng Melayu' berdasarkan kemujarabannya yang ajaib.
    • Fungsi-fungsi utamanya:
      • Meningkatkan stamina, menghilangkan keletihan.
      • Menggalakkan rembesan hormon manusia, terutamanya hormon androgenik
      • Membaik pulih peredaran darah serta metobolisme tubuh.
      • Meningkatkan daya pertahanan tubuh badan.
Bagaimana B KOPI berfungsi? Secara ringkasnya,
  1. Meningkatkan kadar penghapusan keletihan sekurang-kurangnya 3 kali ganda berbanding dengan jenama kopi yang lain.
  2. Menambahkan tenaga dan meningkatkan stamina.
  3. Menggalakkan kewaspadaan mental dengan mengekalkan aktiviti normal tisu-tisu saraf.
  4. Menguatkan fungsi-fungsi sistem tubuh.
  5. Membaik pulih peredaran darah.
  6. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  7. Mengawal tekanan darah dan kolestrol darah.
Kebanyakan jus minuman biasa diperbuat daripada bahan pewarna dan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Pengambilan jus minuman biasa ini akan meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kencing manis dan kegemukan. Selain itu, perubahan gaya hidup, pencemaran dan corak pemakanan yang tidak seimbang menyumbang kepada peningkatan tekanan oksidatif yang menyebabkan bertambahnya radikal bebas dan kerosakan sel. Kerosakan sel akan menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Di sinilah, antioksida memainkan peranan yang amat penting dalam membantu mencegah kerosakan sel.

Memperlihatkan corak pengambilan makanan dan gaya hidup yang tidak sihat oleh kebanyakan masyarakat kini, maka kami telah memperkenalkan satu produk minuman yang berkhasiat tinggi dan kaya dengan antioksida, iaitu B DRAGON YOUNG. Minuman ini adalah sesuai untuk semua orang, termasuk kanak-kanak dan warga tua.

B DRAGON YOUNG dirumus khas daripada buah naga merah segar serta madu asli, yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral, fitonutrien dan antioksida. Minuman berkhasiat ini dapat meningkatkan sistem pertahanan badan, mencegah pelbagai jenis penyakit kronik serta melambatkan proses penuaan. Dengan mengambil B DRAGON YOUNG setiap hari, anda akan bertenaga dan nampak berseri selalu!

Kandungan utama B DRAGON YOUNG adalah seperti berikut:
  1. Buah Naga Merah
    • Merupakan sejenis buah-buahan tropikal yang terkenal di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
    • Ia berasal dari Amerika Tengah seperti Mexico dan ia dikelaskan dalam keluarga kaktus dan tumbuh biasanya di kawasan kering.
    • Buah ini mempunyai rupa yang menarik dan rasa yang lazat serta menyegarkan.
    • Buah naga ini mengandungi zat makanan yang berkhasiat seperti asid amino perlu, karotenoid, serat makanan, antioksida, Vitamin B kompleks dan juga Vitamin C.
    • Fungsi-fungsi utamanya:
      • Menjaga kesihatan jantung.
      • Mengawal kanser usus dan kencing manis.
      • Menggalakkan pergerakan usus dan memperbaiki sistem penghadaman.
      • Agen antioksida dan penuaan yang kuat.
      • Mengawal paras kolestrol dan gula darah.
      • Meningkatkan sistem pertahanan badan.
      • Mengawal berat badan.
  2. Madu Asli  
    • Cairan manis yang berasal dari nectar tanaman yang diproses oleh lebah menjadi madu dan disimpan dalam sel-sel sarang lebah.
    • Mempunyai pelbagai khasiat dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit sejak lama dahulu.
    • Madu mengandungi pelbagai zat makanan seperti karbohidrat, fruktosa, glukosa, antioksida serta pelbagai jenis vitamin dan mineral.
    • Fungsi-fungsi utamanya:
      • Memberikan tenaga.
      • Agen antiseptic dan antibakteria dalam merawat luka.
      • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
      • Merawat ulser bagi pesakit kencing manis.
      • Menggalakkan pergerakan usus dan penyahtoksikan.
      • Melegakan batuk, sakit tekak dan alergi.
Bagaimana B DRAGON YOUNG berfungsi? Secara ringkasnya,
  1. Meningkatkan sistem pertahanan badan
  2. Memperbaiki sistem penghadaman, selera makan dan metabolisme badan.
  3. Mencegah dan mengawal sistem badan daripada mendapat jangkitan penyakit dan kuman.
  4. Mengekalkan keanjalan kulit serta melambatkan proses penuaan.
  5. Antibakteria - meringankan sakit kerongkong, dapat membantu melegakan rasa ketidakselesaan kerongkong dan mempercepatkan proses penyembuhan.